Tuesday, January 13, 2009



Cara Guna Produk Germa Power

Anda boleh menggunakannya sepanjang hari, kerana ianya direka untuk semua golongan, kanak-kanak, pelajar, lelaki & perempuan begitu juga tua dan muda. Menggunakan produk ini boleh mengurangkan keletihan kanak-kanak lampau aktif, pelajar bersedia untuk peperiksaan, pekerja-pekerja yang stres di pejabat, orang dewasa yang keletihan oleh kerana kekurangan hormon dan juga pesakit berbagai penyakit seperti diabetis, susah tidur, kegemukan dll.
Anda boleh memakai produk ini ketika tidur kerana ianya boleh memudahkan anda lelap, dan untuk process penyegaran semula ketika tidur dengan mengionizekan & me"magnetize"kan udara yang kita sedut dan darah yang dipam ke otak.Untuk penyakit yang tersenarai,
kaedah pemakaian yang spesifik diperlukan.

Gaya Hidup Sihat


Gaya Hidup
Kesan permulaan pemakaian produk ini berbeza berdasarkan keadaan sebelum-pakai pengguna.Pengguna dengan kesakitan fizikal, sepastinya akan merasakan sedikit sakit disebabkan oleh kesan pembetulan yang menyeluruh. Pada pesakit stres, pengguna akan berasa mengantuk akibat dari negative ion Germanium yang menyekat pengeluaran Serotonin dan menenangkan pengguna sehingga terlena.
Kepada pengguna yang kekurangan air dalam badan, mereka akan merasakan sakit kepala di puncak kepala dan sakit pada otot-otot, namun ianya dapat dihilangkan dengan meminum 3 liter air/sehari dan akan dapat mula merasakan faedah produk ini.

Minum cukup air, 3 liter sehari.


Rantai ini mempunyai kesan yang kuat pada pengguna kerana ianya mempunya Negative Ion Germanium dan juga medan magnet NeoDymium magnet. Kepada pengguna yang tak tahan, mereka bolehlah menanggalkannya sementara dan memakainya semula bila sudah lega. Namun pastikan anda minum banyak air, 3 liter sehari untuk melegakan tekak, mencairkan darah dan membuang toksik agar ianya tidak menjadi kristal di dalam sistem badan.

Selepas menggunakan rantai, gelang dan ban untuk sekian lama, anda akan merasakan badan anda menjadi ringan dan merasakan anda mampu berlari dan beriadah. Teruskan dengan idea itu. Bagi saya, saya telah menyertai jimnasium berdekatan kediaman saya. Dalam kajian saya juga saya dapati masalah berat badan berpunca dari beza metabolism dulu dan kini.

Kata kuncinya ialah "beza", tanpa mengira tahap metabolism kita. Jadi saya faktorkan hal ini dalam rejim senaman saya agar pada usia lanjut nanti, beza metabolismnya tidak besar dan saya masih boleh mencapai sasaran saya iaitu mendapat rembesan hormon yang berterusan. Rejim senaman saya amat mudah, sesuatu yang anda akan dapat amalkan walaupun ketika berusia 50 atau 60 tahun!

Pertama sekali, anda mesti jelas akan tujuan anda bersenam, kerana tujuan yang berbeza akan membawa anda ke "taman permainan" yang berbeza.Kalau anda bersenam untuk ke Olimpik, rejim senaman saya sememangnya keluar dari persoalan kita. Saya pernah menjadi ahli sukan ketika muda, main bola, badminton, tenis dan juga acara pecut. Jadi saya tahu apa itu had!Kali ini, niat saya jelas, saya cuma mahu kekal sihat dengan bersenam "secukupnya" untuk menggalak rembesan Hormon Tumbesaran Manusia!

Bagaimanakah senaman yang cukup?
Menurut Dr. Mary Desaulnier, kita perlukan 3 elemen utama untuk mensasarkan rembesan HTM iaitu
1)Protin
2)Tidur
3)Senaman

Untuk protin anda boleh baca bahan di sambungan di bawah. Untuk elemen tidur, anda boleh teraturkan kitaran tidur-jaga anda dengan memakai rantai Germa Power ini. Walaupun ketika anda berasa segar, namun kalau anda baring, anda akan mudah lelap. Hanya dengan memakainya anda dalam auto pilot. Ingat, lebih nyenyak anda tidur, lebih pendek masa anda perlukan untuk tidur!


Senaman Belah Kayu (Wood Chopping)

Untuk senaman, 20 minit senaman aerobik & 15 minit untuk senaman ketahanan untuk 4 kali seminggu boleh mensasar rembesan hormon. Rutin saya ialah 20 minit berlari di treadmill dan 20 minit senaman chopping & mendayung 6 kali seminggu.Mulakan dengan senaman kardio iaitu berlari atau berjalan pantas, setelah anda berpeluh teruskan dengan senaman ketahanan, mendayung dan chopping.Saya suka senaman mendayung kerana ianya menolong menguatkan leher, bahu, lengan dan perut kerana saya mengalami cervical spondylosis.Chopping pula amat berkesan untuk lemak keliling perut anda, tempat persembunyian radikal bebas.Walau bagaimanapun, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan senaman yang lebih sesuai untuk masalah anda.


Senaman Kayuh Sampan (Rowing)


Anda boleh rujuk informasi terperinci disambungan di bawah)

http://www.bodybuildingforyou.com/articles-submit/mary-desaulniers/stimulate-hgh-production.htm

Menggunakan Rantai:
Anda boleh menggunakannya di leher, pergelangan tangan, lilit di kaki atau di mana saja tempat anda sakit. Secara amnya untuk tujuan kesihatan, anda dicadangkan memakainya di leher, kerana ianya mempunyai pengeluaran N-Ion sebanyak +40 unit/cc dan kekuatan medan magnet dalaman sebanyak 1,100 Gauss.


Selain dari di leher, rantai juga boleh dipakai di pergelangan tangan dan kaki, bersesuaian dengan tempat sakit.

Secara purata anda akan merasakan kesannya selepas menggunakannya selama 72 jam, di mana anda akan berasa segar bangun dari tidur dan tidak letih namun cergas sepanjang hari.Walaubagaimanapun anda akan merasa kering tekak, dan ini akan menggalakkan anda minumair kosong yang mana ianya amat baik untuk kesihatan anda.

Selepas memakainya selama sebulan anda akan merasakan yang badan anda begitu ringan dan ingin bersenam. Teruskan dengan niat anda dan ianya akan membantu anda untuk bersenam secara konsisten.

Anda akan merasa sedikit sakit kepala sebagai tanda yang anda sudah cukup pulih tenaga, oleh itu anda boleh tanggalkannya untuk sementara dan mula bersenam untuk menggunakan tenaga yang anda kumpul tadi.

Rantai dibuat daripada
1)Silikon getah tahan haba sehingga 200 darjah selsius
2)Magnet Neodymium, magnet kekal paling kuat dan ringan
3)Serbuk Germanium yang dilekatkan dengan teknologi nano-pembuatan


Menggunakan Ban, Gelang & Cincin
Ban, Gelang and cincin adalah 3 products yang akan membuat anda tidak merasa mengantuk tapi segar sepanjang hari.Produk-produk ini akan sentiasa menggantikan ion negative ke arus elektrik badan anda agar arus elektrik badan anda sentiasa stabil sepanjang hari. Anda akan merasa kering tekak, oleh itu minumlah air yang banyak untuk kesihatan yang lebih baik.

Gelang, ban & cincin adalah dibuat daripada
1)Silikon getah tahan suhu 200 darjah selsius
2)Serbuk Germanium yang dipasang dengan teknologi nano-pembuatan

Menggunakan Cincin Ibu Jari Kaki
Cincin ibu jari kaki adalah produk yang sangat istimewa kerana ianya digunakan untuk menyelesaikan masalah kegemukan. Cincin Ibu Jari Kaki ini perlu dipakai sepasang, satu di kaki kiri & satu lagi pada kaki kanan, dengan bonggol magnet mencecah tapak ibu jari kaki.

Kedua ibu jari kaki ada, dengan pulse diamagnetik yang dihasilkan oleh tindak balas Neodymium magnet dan Germanium akan menghantar signal ke otak anda menandakan lokasi pusat graviti teori badan anda.Pada masa yang sama otak kita juga mendapat signal lokasi pusat graviti sebenar dari sistem pengimbangan badan kita.
Perbezaan lokasi kedua signal ini menyebabkan badan kita bertindak balas dengan menggerakkan otot-otot untuk mengimbangkan badan kita.Pergerakan otot-otot ini akan membakar lemak walaupun kita tidak kelihatan bersenam dan kita dapat saksikan lemak dibuang melalui kencing. Jadi eloklah anda mengukur betis dan peha untuk perbandingan sebelum dan selepas yang anda boleh lakukan secepatnya selepas seminggu menggunakan produk ini.

Cincin Ibu Jari Kaki dibuat daripada,
1)Silicon getah yang tahan suhu 200 darjah selsius
2)Magnet Neodymium, magnet kekal yang paling kuat dan paling ringan
3)Sebuk Germanium yang dipasang dengan teknologi nano-pembuatan


Peringatan
*Pesakit yang menggunakan peralatan elektronik seperti Pace Maker adalah dilarang menggunakan produk bermagnet
*Pengguna dinasihati meminum air kosong yang banyak untuk kesihatan anda
*Sila tanggalkan produk sekiranya pengguna merasakan tidak selesa menggunakannya
*Elakkan guna produk dalam suasana panas i.e ketika memasak, bersauna, ketika demam etc
*untuk kesihatan yang lebih baik, pengguna adalah dinasihati mengurangkan pengambilan gula seharian